top of page

AKRAB

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Program Februari 2018

SEJARAH PENUBUHAN AKRAB UTHM

AKRAB UTHM Siri 3
AKRAB UTHM Siri 5

Sejarah kelahiran AKRAB bermula sejak tahun 2008 lagi ketika itu buat pertama kalinya Pusat Kaunseling UTHM telah merekrut ahli AKRAB sulung untuk mengikuti Kursus Peningkatan Tahap kaunseling peringkat pertama dan kedua. Kumpulan pertama ini telah berjaya ditauliahkan dan bergraduasi di Putrajaya. Kemudian Kumpulan kedua AKRAB UTHM telah direkrut pada 2009 untuk menambahkan kepada jumlah sedia ada menjadikan ahli terkumpul sekarang ialah 57 orang.

 

Kumpulan kedua ini juga telah ditauliahkan menjadi ahli AKRAB yang sah dan bergraduasi di Batu Pahat. Untuk mencapai sasaran 250 orang ahli AKRAB maka Pusat Kaunseling UTHM sekali lagi merekrut kumpulan baru bagi menambahkan ahli sedia ada.   

​

Kumpulan siri ketiga AKRAB UTHM telah mengikuti kursus PPKK di Isma Beach Resort Tanjung Keling Melaka dan telah ditauliahkan di PICC Putrajaya pada November 2010. Jumlah terkini ahli AKRAB UTHM ketika itu telah mencecah 83 orang.

 

Kumpulan siri keempat dan kelima pula telah mengikuti kursus PPKK di lokasi yang sama pada 2011 dan 2012.Kumpulan siri keenam telah mengikuti Kursus PPKK di Tanjung Bidara Resort.

 

Kumpulan siri ketujuh pula telah mengikuti kursus di Akar Beach Resort Port Dickson. Sehingga kini jumlah keseluruhan ahli AKRAB UTHM ialah seramai 120 orang.   

AKRAB UTHM Siri 6
AKRAB UTHM Siri 2
AKRAB UTHM Siri 7
AKRAB UTHM Siri 4
About
Community

Visi , Misi dan Logo AKRAB

VISI AKRAB

“ Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia”

 

MISI AKRAB

i. Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi.

ii. Membantu staf yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan.

iii. Bertindak sebagai perantara antara pegawai dengan Pegawai Psikologi dalam membuat saringan kesesuaian masalah.

iv. Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti AKRAB.

 

MOTO AKRAB

Membimbing Dengan Hikmah

Logo AKRAB terdiri daripada 3 warna utama iaitu biru bermaksud ketenangan, kuning bermaksud keceriaan dan merah bermaksud sedia membantu. Bentuk 3 orang di tengah logo bermaksud semangat setiakawan , sepakat, kerjasama dan muhibbah. Bentuk bulatan pula membawa maksud kesepaduan dan bersatu hati. Akhir sekali lambang UTHM bermaksud berkhidmat dengan ikhlas untuk UTHM. 

MAJLIS TERTINGGI AKRAB UTHM

Sesi 2016 - 2018

BARISAN PIMPINAN MAJLIS TERTINGGI & EXCO 

Spaces
PRESIDEN
Tn Hj Zainudin B Md Noh
TIMB PRESIDEN 1
Tn Hj Zulkarnain B Md Amin
TIMB PRESIDEN 2
Pn Zalinah Bte Salehon
SETIAUSAHA
Pn Siti Hasnah Bte Hud
TIMB SETIAUSAHA
Pn Nur Aziah Bte Sulaiman
BENDAHARI
En Nor Azuwan AB Rahman
TIMB BENDAHARI
Hjh Azizah Bte Hj Abdullah
EXCO EKONOMI
En Sahizan B Mohd Sagi
EXCO ICT
PN RAFIZAH BTE MOHD HANIFA
EXCO PUBLISITI
Pn Yusnorsyazana Bte Mohd Yunos
EXCO SUKAN
En Saifudin B Salim
EXCO KEROHANIAN
Tn Hj Daud Bin Ahmad
EXCO TUGAS KHAS
En Mohd Lathfi Bin Rohman
Membership

TENTANG AKRAB UTHM

Sejak 2008

Sejarah Penubuhan

Visi , Misi dan Logo

Pimpinan Majlis Tertinggi & Exco

Contact

HUBUNGI KAMI

ALAMAT: PEJABAT PENDAFTAR, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

TEL: 0136157423  |  AKRAB.UTHM.EDU.MY

bottom of page